Peluang Biasiswa Pelajar Cemerlang di Nilai University

Nilai University kini menawarkan peluang luar biasa untuk pelajar cemerlang yang ingin melanjutkan pengajian tanpa membebankan kewangan mereka. Dengan Biasiswa Pencapaian Cemerlang dan Biasiswa Merit, pelajar boleh menikmati pengecualian yuran pengajian sehingga 100% untuk pengambilan sesi Jun 2025.

SIAPA YANG LAYAK?
Tawaran biasiswa ini terbuka kepada pelajar yang mendaftar dalam semua program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Nilai University, sama ada program Konvensional dan Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL). Pelajar yang memperoleh keputusan 9A dalam SPM atau yang setaraf (IGCSE, UEC) layak memohon pengecualian yuran sepenuhnya (100%).

Pelajar dengan keputusan lain juga berpeluang menerima diskaun yuran pengajian yang menarik:

  • 7A-8A: Diskaun sehingga 75%
  • 5A-6A: Diskaun 50%
  • 3A-4A: Diskaun 25%

 

SYARAT PENTING MENGEKALKAN BIASISWA SETIAP SEMESTER
Untuk memastikan pelajar terus menikmati manfaat biasiswa ini sepanjang tempoh pengajian, pelajar WAJIB mengekalkan prestasi akademik dan kehadiran seperti berikut:

  • Pengecualian yuran pengajian 100%: Mengekalkan CGPA >3.50 dengan kehadiran >75% (untuk semua program kecuali program kejururawatan) atau >90% (untuk program kejururawatan) setiap semester
  • Pengecualian yuran pengajian 75% dan ke bawah: Mengekalkan GPA dan CGPA >3.00 dengan kehadiran >75% (Pelajar Malaysia sahaja) setiap semester

 

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM & SUKAN
Bagi pelajar yang aktif dan berprestasi tinggi dalam bidang sukan, sama ada mewakili peringkat kebangsaan mahupun negeri, Nilai University mengiktiraf bakat anda melalui Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum & Sukan (Extra-Curiculum & Sports Excellence Award-ECSEA). Anugerah berprestij ini adalah penghargaan kami kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan yang membanggakan dalam arena sukan.

Untuk memohon anugerah ini, calon perlu memenuhi kriteria berikut:

  • Terbuka kepada Wakil/Pemain Peringkat Kebangsaan dan Negeri dengan pencapaian yang konsisten dalam tempoh 12 bulan, dalam masa 2 tahun sebelum tamat pendidikan sekolah menengah atau tinggi.
  • Terbuka kepada program Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  • Perlu mengekalkan CGPA>2.00 untuk terus layak pada semester berikutnya.
  • Penginapan percuma disediakan untuk wakil kebangsaan, manakala wakil negeri layak mendapat diskaun 50% bagi sewa penginapan.

 

MENGAPA NILAI UNIVERSITY PILIHAN YANG TEPAT UNTUK ANDA?
Nilai University bukan sekadar menawarkan pendidikan yang berkualiti tinggi, malah amat komited untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa Nilai University adalah pilihan terbaik untuk anda:

  • Program berkualiti dan holistik: Semua program diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
  • Pengiktirafan Global: Diiktiraf oleh QS World University Ranking
  • Persekitaran pembelajaran kondusif: Bilik pembelajaran lengkap dengan teknologi terkini dan penginapan kampus yang selesa.

Jangan lepaskan peluang ini! Mohon biasiswa di Nilai University hari ini, tempat adalah terhad. Permohonan boleh dihantar melalui pautan www.nilai.edu.my/scholarships atau hubungi kami di talian 017-350 1188 untuk maklumat lanjut.