Course Recommender

Komuniti FELDA @ Nilai U - Pengenalan

Universiti Nilai (Nilai U) merupakan salah sebuah syarikat sekutu FELDA yang bekerjasama dalam menyediakan peluang pendidikan kepada generasi baru FELDA. FELDA Holdings Bhd merupakan pemegang milikan saham sebanyak 30% di dalam Nilai Education Sdn Bhd.
 
Sejak tahun 2006, FELDA menjalin kerjasama dengan Nilai U melalui program Diploma Kejururawatan bagi memenuhi keperluan tenaga profesional dalam sektor penjagaan kesihatan. Sehingga kini, seramai 372 pelajar telah mengikuti program tersebut dan telah melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, selain berkhidmat di beberapa institut kesihatan awam termasuk swasta.
 
Seiring dengan hasrat FELDA untuk melatih generasi baharu, program tersebut diteruskan dengan program lain seperti Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Seni Kulinari, Diploma Pengurusan Hotel dan Diploma Pengurusan Pertanian. Pada masa yang sama, Nilai U juga menawarkan Skim Khas Profesion Kesihatan dan Skim Khas Bantuan Pendidikan bertujuan memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Nilai U.

INFO

Statistik pelajar Felda di Universiti Nilai bagi tahun 2006 hingga 2014

Program

Pelajar

Diploma Kejururawatan 372
Diploma Teknologi Makmal Perubatan 119
Diploma Seni Kulinari 151
Diploma Pengurusan Hotel 44
Diploma Pengurusan Pertanian 41

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DI BAWAH SKIM KHAS